Open Day & Sambutan Hari Raya Aidilfitri

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya Program Open Day & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 berjaya berlangsung pada 15 Jun 2019 (Sabtu) dengan selamat & sukses. Serta, sambutan yang sangat memberansangkan dan melebihi sasaran kami.

Antara aktiviti/ pertandingan yang telah dijalankan;

• Pertandingan Eksplorasi Digital ICT Pintar
• Pertandingan Menaip Super Pantas (Belia & Dewasa)
• Pertandingan Puzzle Digital Klik Dengan Bijak (KDB)
• Advokasi Klik Dengan Bijak, Check Your Label & E-waste
• Jamuan Hari Raya

Sekalung tahniah & penghargaan dirakamkan buat seluruh pihak yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Tanpa anda semua, siapalah kami! Satu penghormatan besar buat pihak kami, kerana tetamu yang hadir bukan hanya dari komuniti setempat (RKT Jeram Tekoh), malahan dari sekitar jajahan Gua Musang antaranya dari Chiku, Paloh, Taman Agropolitan ECER, Taman Kesedar Jaya, Kampung Limau Kasturi, Kampung Sungai Asap, Kampung Kundor, PPR Gua Musang dan lain-lain (Berdasarkan pengesahan semakan senarai nama ahli baru).

Terima kasih di atas sokongan anda. Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih kami juga kepada tetamu VVIP kami iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Ustaz Fakri Mohamed & Naib Pengerusi PAS Gua Musang, En. Fazli Bin Mohd Zain yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas